32 NGO Islam gesa mansuh RUU PSB secara kekal, bantah iktiraf UEC

Syed Hassan Syed Ali
Syed Hassan Syed Ali
A
A
A

SHAH ALAM - 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu menggesa kerajaan memansuhkan secara kekal draf Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang telah ditarik balik dan membantah sebarang rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) secara rasmi.

Mereka mendakwa kedua-dua isu tersebut merupakan tuntutan daripada DAP.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, masyarakat sivil dan rakyat bergantung pada ahli Parlimen pembangkang untuk bersuara mengenai isu-isu UEC dan PSB.

"Mereka merupakan pemimpin Perikatan Nasional (PN), namun nampaknya kelihatan sibuk dengan perkara dalaman parti," ujarnya pada Rabu.

Pada Rabu, kira-kira 40 individu berarak dari Taman Tugu ke Parlimen bagi menyampaikan dua memorandum kepada Ahli Parlimen PN.

Tuntutan itu juga ditujukan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tetapi tiada menteri mahupun wakil ahli Parlimen kerajaan yang keluar untuk bertemu dengan kumpulan tersebut.

Berdasarkan salinan memorandum berkenaan, tuntutan kumpulan itu berkaitan dengan UEC antaranya tiada pengiktirafan dan hentikan tawar-menawar politik mengenai sijil tersebut.

Ia termasuk menghentikan semua perbincangan mengenai pengiktirafan UEC dan utamakan integrasi nasional berbanding 'agenda berasaskan kaum'.

Mereka juga mahu menteri berkaitan bertemu wakil persatuan untuk mendengar secara langsung sebab penentangan keras pengiktirafan UEC dibuat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, berdasarkan salinan memorandum kedua mengenai PSB, tuntutan kumpulan itu adalah menolak Rang Undang-Undang PSB sepenuhnya, bukannya meminda dan membentangkan semula pada tarikh kemudian.

Mereka juga mengatakan pembaharuan bandar harus dilakukan melalui perundangan semasa termasuk Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976; Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974; Akta Pengurusan Strata 2013.

Selain itu, mereka mahukan satu jawatankuasa khas yang melibatkan kerajaan negeri, NGO dan profesional bebas ditubuhkan bagi memantau dan memberi nasihat mengenai pembangunan semula bandar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!