'Black Maria' bawa OKT terbalik

REMBAU - Seramai 10 orang kena tuduh (OKT) cedera selepas lori 'Black Maria' yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Penjara Seremban menuju ke Mahkamah Rembau.
"OKT bersama lima anggota pengiring dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mahu ke Mahkamah Rembau untuk menghidupkan waran menahan.

"Namun ketika membelok ke kanan jalan di lokasi, lori itu hilang kawalan dan terbalik yang menyebabkan empat OKT cedera, manakala enam lagi mengalami luka ringan," katanya pada Rabu.
Menurutnya, OKT yang cedera telah dibawa ke Hospital Rembau dengan ambulans bersama dua anggota pengiring serta eskot MPV untuk rawatan lanjut.

Ujar Azmi, susulan kejadian berkenaan, Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan Trafik IPD Rembau hadir ke tempat kejadian untuk memberi bantuan awal
Ringkasan AI
- Seramai 10 orang cedera selepas lori 'Black Maria' terbalik di Rembau
- Lori dalam perjalanan dari Penjara Seremban ke Mahkamah Rembau
- Embatan berlaku ketika lori membelok ke kanan di simpang empat lampu isyarat
- Empat OKT cedera serius manakala enam lainnya luka ringan
- OKT dan dua anggota pengiring dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

