Dr Akmal seru ahli Parlimen BN tolak RUU PSB

Dr Muhamad Akmal.
Dr Muhamad Akmal.
A
A
A

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak Rang Undang Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Menurut beliau, tindakan itu perlu dilakukan sekiranya cadangan penambahbaikan hasil daripada konvensyen PSB yang dianjurkan UMNO pada Oktober lalu tidak dimasukkan di dalam RUU tersebut.

"Kita pernah sepakat untuk menolak sebelum ini, maka tiada alasan dan keperluan untuk kita meneruskan RUU yang sama pada kali ini.

"Rakyat melihat dan menilai,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk RUU PSB bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kementerian itu bertekad meneruskan pembentangan RUU berkenaan selepas memperoleh konsensus Jemaah Menteri.

Terdahulu RUU PSB telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama dengan tujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil serta inklusif demi kesejahteraan rakyat.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa ahli-ahli parlimen BN menolak RUU PSB
  • Tindakan penolakan dicadangkan sekiranya penambahbaikan dari konvensyen PSB anjuran UMNO tidak dimasukkan dalam RUU
  • Pemuda UMNO pernah sepakat menolak RUU ini sebelum ini dan tiada alasan untuk menerima RUU yang sama
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia untuk bacaan kali kedua RUU PSB di Dewan Rakyat
  • RUU PSB bertujuan pembangunan semula kawasan perumahan lama yang uzur secara lebih terancang dan adil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!