Ancaman perang AS-Iran kian hampir?

Komuniti antarabangsa menanti dengan debar perkembangan situasi di Asia Barat.
Komuniti antarabangsa menanti dengan debar perkembangan situasi di Asia Barat.
A
A
A

WASHINGTON - "Sebuah lagi 'armada' lebih besar berbanding yang dikerahkan ke Venezuela sedang menuju ke Iran. Saya berharap Teheran akan segera mencapai perjanjian dengan Washington."

Retorik ugutan itu kembali dilontarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika komuniti antarabangsa menanti dengan debar perkembangan situasi di Asia Barat.

Sejak tindakan kekerasan dilancarkan ke atas kumpulan penunjuk perasaan di Iran, pemimpin Republikan itu menjadikannya sebagai alasan untuk terus bermain tarik tali tentang rancangan mahu melancarkan kempen pencerobohan ke atas negara tersebut.

Segelintir pengkritik percaya AS sedang merancang operasi untuk menggempur Teheran setelah ia memulakan latihan ketenteraan berskala besar sejurus armada kapal perang tiba di perairan rantau itu.

Pasukan Udara AS Wilayah Tengah (AFCENT) mengumumkan 'latihan kesiapsiagaan' itu kononnya bertujuan untuk mempamerkan keupayaan pergerakan pantas dan penyelenggaraan jet tempur.

"Ia sebagai pesediaan untuk memastikan unit udara sentiasa siap sedia hadapi sebarang kemungkinan," ujar Komander AFCENT, Leftenan Jeneral Derek France.

Kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya perang baharu semakin meningkat setelah AS turut mengerahkan tambahan jet pejuang F-15E Strike Eagle, bateri misil Patriot dan sistem pertahanan udara THAAD ke Asia Barat.

Sejak minggu lalu, Iran memberi respons tegas akan bertindak balas lebih agresif terhadap sebarang 'keputusan melulu' yang dibuat musuh bersama sekutunya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Washington menyatakan armada lebih besar sedang menuju ke Iran, berharap Teheran akan mencapai perjanjian dengan AS
  • Donald Trump menggunakan situasi kekerasan di Iran sebagai alasan untuk melancarkan kempen pencerobohan
  • AS merancang operasi militer terhadap Iran, memulai latihan ketenteraan besar-besaran sejurus armada tiba
  • Pasukan Udara AS melakukan latihan kesiapsiagaan, menunjukkan keupayaan pergerakan dan penyelenggaraan jet tempur
  • Iran bersiap sedia untuk bertindak balas agresif terhadap keputusan AS, meningkatkan kemungkinan tercetusnya konflik baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!