Trump ancam tarif 100 peratus ke atas Kanada jika teruskan perjanjian dengan China

Trump memberi amaran akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua barangan Kanada sekiranya negara itu meneruskan atau menandatangani perjanjian perdagangan dengan China.
Trump memberi amaran akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua barangan Kanada sekiranya negara itu meneruskan atau menandatangani perjanjian perdagangan dengan China.
A
A
A

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua barangan Kanada sekiranya negara itu meneruskan atau menandatangani perjanjian perdagangan dengan China.

Trump menyuarakan ancaman itu menerusi kenyataan di platform media sosialnya, Truth Social, dengan mendakwa langkah berkenaan boleh menjadikan Kanada sebagai “pelabuhan persinggahan” bagi barangan China sebelum memasuki pasaran AS.

Beliau turut mendakwa China akan “membaham Kanada hidup-hidup” sekiranya Ottawa memperkukuh hubungan perdagangan dengan Beijing, sekali gus memberi kesan buruk kepada perniagaan dan cara hidup rakyat Kanada.

Trump menegaskan, jika Kanada membuat sebarang perjanjian dengan China, semua produk dan barangan Kanada yang memasuki AS akan dikenakan tarif 100 peratus serta-merta.

Kenyataan itu dibuat susulan perkembangan hubungan perdagangan Kanada-China, termasuk lawatan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, ke China serta rundingan berkaitan isu tarif antara kedua-dua negara.

Ancaman Trump itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan hubungan perdagangan antara AS dan Kanada, yang selama ini merupakan rakan dagang utama antara satu sama lain.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!