Gempa bumi bermagnitud 6.0 gegar Mindanao, Filipina

HONG KONG – Satu gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Mindanao, Filipina pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan), Rabu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, pusat gempa yang terletak pada kedalaman 10 kilometer dikenal pasti berada pada koordinat latitud 6.46 darjah utara dan longitud 123.89 darjah timur.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau korban dilaporkan. - Bernama
Ringkasan AI
- Gempa bumi bermagnitud 6.0 menggegarkan Mindanao, Filipina
- Berlaku pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan) pada Rabu
- Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) melaporkan kejadian itu
- Pusat gempa terletak pada kedalaman 10 kilometer
- Tiada laporan mengenai kerosakan atau korban setakat ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
