Bandar futuristik Neom bakal jadi hab pusat data AI

RIYADH – Arab Saudi akan mengurangkan skop projek mega futuristik bercita-cita tinggi, Neom di bawah inisiatif Visi 2030 yang kini berdepan isu kos serta kelewatan berulang.
Projek utama yang dijadualkan siap dalam tempoh empat tahun lagi itu turut mengandungi rancangan pembinaan bandar digelar The Line, yang menampilkan bangunan pencakar langit setinggi 500 meter di kawasan padang pasir.
Namun, projek tersebut terpaksa ditangguhkan pada tahun lalu selepas Riyadh mencari pendekatan baharu yang lebih menjimatkan.
Akhbar Financial Times (FT) menganggarkan kira-kira AS$50 bilion (RM196 bilion) telah dibelanjakan sehingga November 2025.
"Putera Mahkota, Mohammed bin Salman (MBS) mahukan 'projek yang lebih kecil'. Projek The Line yang menelan kos AS$500 bilion (RM1.96 trilion) akan dikurangkan," menurut laporan FT.
Neom kini dijangka beralih fokus untuk menjadi hab pusat data bagi merealisasikan cita-cita MBS untuk menjadikan Arab Saudi sebagai peneraju global dalam industri kecerdasan buatan (AI).
Difahamkan, Sindalah iaitu pulau mewah pertama untuk aktiviti kapal layar, dibuka secara rasmi pada Oktober 2024 dan merupakan satu-satunya bahagian Neom yang telah beroperasi setakat ini. – Agensi
Ringkasan AI
- Arab Saudi akan mengurangkan skop projek Neom di bawah inisiatif Visi 2030 kerana isu kos dan kelewatan
- Projek Neom mengandungi rancangan pembinaan The Line yang menampilkan bangunan pencakar langit setinggi 500 meter
- Projek tersebut ditangguhkan setelah Riyadh mencari pendekatan yang lebih menjimatkan
- Kira-kira AS$50 bilion (RM196 bilion) telah dibelanjakan untuk projek Neom sehingga November 2025
- Neom dijangka fokus menjadi hab pusat data industri kecerdasan buatan dan Sindalah, pulau mewah, beroperasi pada Oktober 2024
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

