Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi tiba di Semenanjung Gaza

GAZA - Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi tiba di Semenanjung Gaza membawa bakul makanan dan susu bayi sebagai sebahagian daripada usaha kemanusiaan berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk menyokong rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Bantuan yang disalurkan oleh Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) itu bertujuan memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan keluarga yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, serta memperkukuh keselamatan makanan di tengah-tengah kebuluran di wilayah berkenaan.
Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi, selaku rakan pelaksana KSrelief di Gaza, telah menerima konvoi itu sebagai persediaan untuk pengagihan segera bantuan kepada keluarga penerima di pelbagai kawasan.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kempen yang dilancarkan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meringankan penderitaan mereka serta mengurangkan kesan situasi kemanusiaan semasa. - Bernama
Ringkasan AI
- Konvoi bantuan terbaharu Arab Saudi telah tiba di Semenanjung Gaza membawa bakul makanan dan susu bayi
- Bantuan ini merupakan usaha kemanusiaan berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk menyokong rakyat Palestin
- Dilaksanakan oleh Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) untuk memenuhi keperluan asas kanak-kanak dan keluarga yang terjejas
- Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi di Gaza bertindak sebagai rakan pelaksana KSrelief untuk pengagihan bantuan
- Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen yang bertujuan mengurangkan kesan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
