Berita hantar pesakit suspek Covid-19 balik ke rumah palsu: Polis

Berita yang ditularkan sejak semalam kononnya polis ada menghantar pesakit suspek Covid-19 balik ke rumah sebelum pesakit itu keluar ke pasar raya di Marang. Gambar kecil: Mohd Zain
Berita yang ditularkan sejak semalam kononnya polis ada menghantar pesakit suspek Covid-19 balik ke rumah sebelum pesakit itu keluar ke pasar raya di Marang. Gambar kecil: Mohd Zain
A
A
A

MARANG - Polis menafikan pesakit suspek koronovirus (Covid-19) dihantar pulang ke rumah seperti yang ditularkan di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sejak semalam, tiada pesakit suspek Covid-19 dari hospital dihantar balik ke rumah oleh pasukan khasnya yang ditubuhkan untuk membantu mengiring petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berkait dengan pesakit Covid-19.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tular yang kononnya tidak membenarkan orang ramai ke pasar raya di sekitar Marang kerana pesakit suspek Covid-19 yang baru dihantar pulang ke rumah oleh polis keluar ke pasar raya meskipun tidak dibenarkan keluar ke mana-mana.

"Buat pengetahuan umum, pasukan khas kami yang terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota tidak ada menghantar pesakit suspek Covid-19 balik ke rumah seperti yang didakwa dan ditularkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam masa sama, Mohd Zain menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh mencetuskan kegusaran masyarakat.

Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan perbuatan menyalahi undang-undang ini.

Sejak semalam, tular satu mesej di laman sosial termasuk di aplikasi WhatsApp berhubung larangan terhadap orang ramai ke pasar raya di Marang kerana pesakit suspek Covid-19 yang baru dihantar pulang ke rumah oleh anggota polis pergi ke pasar raya meskipun dilarang.

Sebelum ini, Mohd Zain ada menafikan kesahihan gambar tular memaparkan sekumpulan remaja lelaki yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipaksa meniarap di bahu jalan didakwa berlaku di Kampung Batangan, di sini.

Artikel Berkaitan: