Buat laporan palsu konon disamun elak bayar duit majikan

AMPANG – Seorang lelaki tempatan dipercayai membuat laporan palsu mendakwa disamun bagi mengelak membayar semula wang milik majikannya di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata, lelaki itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.06 pagi, mendakwa disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah di Jalan Tanjong 1 di sini.
"Pengadu mendakwa pembonceng motosikal terbabit mengacukan sebilah pisau ke arah pinggang sebelum melarikan beg silang yang diletakkan di dalam raga motosikal miliknya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Khairul Anuar berkata, hasil siasatan yang dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah hari hari sama mendapati, kejadian samun tersebut tidak pernah berlaku dan laporan yang dibuat adalah palsu.
“Siasatan mendapati dakwaan barangan peribadi serta wang tunai milik majikannya berjumlah RM5,000 dirampas adalah tidak benar.
"Motifnya mengelak bayar duit majikan, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki tempatan membuat laporan palsu mendakwa disamun untuk mengelak membayar semula wang majikannya
- Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mendakwa disamun oleh dua lelaki menaiki motosikal Yamaha 135LC merah Mendakwa pembonceng mengacukan pisau dan melarikan beg silang dari motosikalnya
- Siasatan polis mendapati kejadian samun itu tidak pernah berlaku dan laporan adalah palsu Motif laporan palsu untuk mengelak bayar duit majikannya, kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
