Lesen mendulang emas mula diedar, pendulang sedia turun ke sungai

Ahmad Fauzan hadir menuntut lesen mendulang emas miliknya di PTG, Kota Darulnaim pada Khamis.
Ahmad Fauzan hadir menuntut lesen mendulang emas miliknya di PTG, Kota Darulnaim pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Lesen mendulang emas di Kelantan mula diedarkan pada Khamis dengan hanya tiga individu hadir menuntutnya di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Kota Darulnaim di sini.

Daripada 332 individu yang memohon, hanya 20 lesen sudah siap sepenuhnya dan boleh dituntut bila-bila masa.

Seorang pemohon yang juga peniaga, Ahmad Fauzan Mohd Zain, 48, berkata, impiannya untuk memiliki lesen mendulang emas akhirnya tercapai selepas melalui proses permohonan yang ditetapkan.

"Dengan adanya lesen ini, ia memudahkan saya untuk mendulang.

"Pada lesen ini juga disertakan peta untuk mendulang, jadi ia memudahkan kami untuk mengetahui lokasi yang dibolehkan," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Fauzan menunjukkan peta lokasi yang dibolehkan untuk mendulang emas di Kelantan.
Ahmad Fauzan menunjukkan peta lokasi yang dibolehkan untuk mendulang emas di Kelantan.

Ahmad Fauzan berkata, dia merancang untuk mendulang emas di Jeli pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kerajaan Kelantan meluluskan 99 lesen mendulang emas kepada individu yang membuat permohonan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Pengarah PTG Kelantan, Datuk Nik Raisnan Daud berkata, kumpulan pertama penerima lesen itu terdiri daripada individu yang membuat permohonan pada 1 Januari lalu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, sebelum ini memaklumkan sebanyak 332 permohonan diterima setakat ini, dengan 178 pemohon sudah membuat pembayaran manakala selebihnya masih dalam proses penelitian.

Lima sungai yang dibenarkan untuk aktiviti mendulang ialah Sungai Tadoh, Sungai Pergau, Sungai Gentian, Sungai Galas dan Sungai Bertam.

Ringkasan AI

  • Lesen mendulang emas di Kelantan mula diedarkan dengan hanya tiga individu hadir menuntutnya
  • Hanya 20 lesen dari 332 permohonan sudah siap dan boleh dituntut
  • Ahmad Fauzan, salah seorang pemohon, berkata dengan adanya lesen ini, ia memudahkan untuk mendulang
  • Kerajaan Kelantan meluluskan 99 lesen mendulang emas kepada individu yang memohon
  • Lima sungai yang dibenarkan untuk aktiviti mendulang ialah Sungai Tadoh, Sungai Pergau, Sungai Gentian, Sungai Galas dan Sungai Bertam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!