Fender Audio perkenal pembesar suara ELIE, fon kepala MIX di Malaysia

Fender Audio perkenal pembesar suara ELIE, fon kepala MIX untuk pasaran Malaysia.
Fender Audio perkenal pembesar suara ELIE, fon kepala MIX untuk pasaran Malaysia.
A
A
A

JENAMA elektronik pengguna milik Fender Musical Instruments Corporation (FMIC) yang dikendalikan di bawah lesen Riffsound Pte Ltd, Fender Audio melancarkan dua produk utama iaitu siri pembesar suara mudah alih ELIE dan fon kepala MIX ke dalam pasaran Malaysia.

Diperkenalkan di CES 2026 dan menerima pelbagai pengiktirafan 'Best of CES', pelancaran produk itu memberi peluang kepada pengguna tempatan untuk merasai ekosistem audio peribadi generasi baharu secara langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Riffsound, Mah Chernwei berkata, Fender Audio mencerminkan komitmen pihaknya membangunkan produk yang membawa bunyi luar biasa dan reka bentuk pintar ke dalam kehidupan seharian.

"Ia dibina untuk membawa legasi sonik Fender ke masa depan dunia pendengaran.

“ELIE dan MIX direka khas untuk cara orang mendengar hari ini kerana ia mudah alih, fleksibel dan sangat peribadi.

"Melalui ELIE dan MIX, pengalaman bunyi lebih ikonik serta mudah diakses berbanding sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Siri pembesar suara 'bluetooth' ELIE, singkatan 'Extremely Loud Infinitely Expressive' mentakrifkan semula keupayaan bunyi mudah alih dengan menggabungkan reka bentuk sofistikated, ketukangan akustik yang maju dan kelantangan luar biasa.

Pembesar suara ELIE 12 ditawarkan pada harga RM1,899 manakala fon kepala MIX dan ELIE 6, masing-masing RM1,399.
Pembesar suara ELIE 12 ditawarkan pada harga RM1,899 manakala fon kepala MIX dan ELIE 6, masing-masing RM1,399.

Artikel Berkaitan:

Ditawarkan dalam dua model iaitu E6 dan E12, setiap pembesar suara dilengkapi 'incorporates integrated subwoofers' serta 'groundbreaking waves system on a chip' (SOC) yang pertama di dunia.

Fon kepala MIX pula memberikan pengalaman audio yang jelas, dilengkapi pemancar USB-C FWD Tx serta disokong transmisi tanpa kehilangan kualiti (LHDC-V), 'low-latency' (LC3) dan keupayaan Auracast bagi memastikan terdapat keserasian dalam menggunakan audio tanpa wayar berprestasi tinggi merentasi pelbagai peranti.

Ia juga dilengkapi pemacu 'Graphene' 40 milimeter (mm), teknologi pembatalan bunyi aktif hibrid, dwi-mikrofon dengan 'noise cancellation' persekitaran dan lain-lain dengan ketahanan bateri sehingga 100 jam, malah komponen modular boleh diganti dari semasa ke semasa.

Pembesar suara ELIE 12 ditawarkan pada harga RM1,899 manakala fon kepala MIX dan ELIE 6, masing-masing RM1,399.

Ketiga-tiga produk tersebut dijual secara rasmi bermula Mac tahun ini di kedai fizikal terpilih.

Selain itu, ia boleh didapati melalui platform dalam talian rasmi Fender Audio di Lazada, Shopee dan Swap Asia.

Ringkasan AI

  • Fender Audio melancarkan siri pembesar suara ELIE dan fon kepala MIX di Malaysia
  • Produk diperkenalkan pada CES 2026 dengan pengiktirafan 'Best of CES'
  • ELIE dan MIX direka untuk keperluan audio mudah alih, fleksibel dan peribadi
  • ELIE memiliki reka bentuk sofistikated dan ketukangan akustik maju, MIX dilengkapi dengan teknologi pembatalan bunyi aktif
  • Kedua-dua produk dijual di kedai fizikal terpilih dan platform dalam talian rasmi Fender Audio di Lazada, Shopee dan Swap Asia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!