AEON Mall KL Midtown mula operasi 5 November, himpun lebih 100 jenama

AEON Co. (M) Bhd (AEON) memperluas rangkaian perniagaan peruncitannya menerusi pembukaan AEON Mall KL Midtown bermula 5 November ini, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan membeli-belah, makanan dan hiburan kepada pengguna.
Pusat beli-belah berkenaan akan memulakan operasi kepada orang ramai sebelum majlis pembukaan rasminya dijadualkan berlangsung pada 8 Januari 2027.
Terletak di KL Midtown, pusat beli-belah itu menampilkan keluasan Ruang Boleh Sewa Bersih (NLA) kira-kira 367,000 kaki persegi dengan konsep susun atur menegak melibatkan lapan tingkat, dari Lower Ground hingga Aras 5M.
Antara tarikan utama ialah AEON Supermarket yang menyediakan keperluan barangan dapur dan isi rumah, selain pelbagai jenama di bawah rangkaian AEON seperti KIDS REPUBLIC, HOME COORDY, Scarlet, Agenda dan GALEVAENT.

Turut melengkapkan penawaran peruncitan ialah AEON Wellness, Daiso, Molly Fantasy dan AEON Credit Service.
Bagi sektor makanan dan minuman (F&B), pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan termasuk SUSHIRO, Oriental Kopi, Dolly Dim Sum, MINO, HOT BIRD, Starbucks, Chateraise, DONQ, BEUTEA dan paperfish.
Antara jenama lain yang turut beroperasi ialah Nyonya Delights, CHONGDEE TEAHOUSE, NORI NORY dan SUK.
Sementara itu, pilihan fesyen dan gaya hidup merangkumi UNIQLO, HLA, Akura Premium Watch, KOMEHYO, Levi’s, SEIKO VISION SPECIALIST, Focus Point Lifestyle dan MySpirit.
Pengunjung turut boleh mendapatkan produk kecantikan serta perkhidmatan penjagaan diri menerusi jenama seperti L’Occitane, Yves Rocher, LUSH, CLEF, Melange Korea dan LUXE Hair & Nail.
Turut tersedia ialah perkhidmatan Yong Kang TCM dan QB HOUSE, selain pilihan peranti teknologi menerusi URBAN REPUBLIC by Switch, SAMSUNG, HONOR dan Gadget Hub Signature.

Menariknya, pusat beli-belah itu turut memperkenalkan VS CHALLENGE, konsep hiburan interaktif berasaskan permainan dari Jepun yang dibangunkan oleh Bandai Namco Experience Inc.
Dibawakan oleh AEON Fantasy, pembukaan VS CHALLENGE di lokasi berkenaan menandakan kemunculan pertama konsep hiburan itu di Malaysia.
Lebih banyak jenama dijangka menyertai AEON Mall KL Midtown dalam beberapa bulan akan datang, termasuk SEPHORA, ADIDAS, JD Sports, asics, MPH Bookstores dan Din Tai Fung.
Antara penyewa lain yang bakal menyusul ialah Verrona Hills, KIMIYA, Xiang Xiang Hunan Cuisine, KENMAKI, a’rest, Yin’s, Omakase Lab, Siam Oasis Royale dan LifenFitness.
Bagi memeriahkan pembukaan, AEON turut menganjurkan Peraduan ‘Drive Your Dream’ bermula 5 November 2026 hingga 11 Februari 2027.
Menerusi peraduan itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM300 menggunakan gabungan sehingga dua resit pada hari sama di mana-mana premis penyewa pusat beli-belah berkenaan, termasuk AEON Retail, berpeluang memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz A200 Progressive Line serta pelbagai hadiah lain.
Selain itu, peminat karakter Jepun boleh mengunjungi pop-up Sumikko Gurashi pertama di Malaysia yang berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD, Tsugutoshi Seko berkata, pembukaan AEON Mall KL Midtown merupakan langkah penting syarikat dalam mendekatkan penawaran peruncitan kepada komuniti setempat.
Menurutnya, pihaknya mahu mewujudkan pengalaman membeli-belah berbeza menerusi gabungan pilihan peruncitan, makanan dan gaya hidup dalam satu destinasi.
“Pembukaan ini juga merupakan pencapaian penting bagi AEON dalam usaha kami terus mengembangkan rangkaian peruncitan dan membawa falsafah Customer First kepada lebih banyak komuniti,” katanya.
Dalam pada itu, AEON Mall KL Midtown turut mengetengahkan ciri reka bentuk tersendiri menerusi ‘Fusion Staircase’ yang menghubungkan aras atas pusat beli-belah berkenaan.
Tangga melengkung itu bukan sahaja berfungsi sebagai laluan antara tingkat, malah menjadi ruang untuk pengunjung berkumpul, bersantai dan menyertai pelbagai aktiviti termasuk acara serta pelancaran produk.

Pusat beli-belah berkenaan juga terletak dalam bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold dengan ciri kelestarian seperti sistem penyejukan cekap tenaga, penuaian air hujan, kelengkapan penjimatan air dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV).
Ia turut dilengkapi taman linear seluas 1.5 ekar di bahagian bumbung bagi menyediakan ruang hijau kepada pengunjung.
Dari aspek aksesibiliti, AEON Mall KL Midtown boleh dikunjungi menerusi beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya SPRINT, DUKE, NKVE dan Penchala Link.
AEON turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik Mobi Connect yang menghubungkan kawasan sekitar serta stesen MRT Sentul Barat ke pusat beli-belah berkenaan.
Sempena pembukaan, ahli AEON boleh menikmati perkhidmatan bas ulang-alik itu secara percuma selama sebulan.
Maklumat lanjut mengenai senarai penyewa dan aktiviti boleh diperoleh menerusi akaun Instagram rasmi @aeonmall.klmidtown.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
