Padah 325 warga asing tiada lesen memandu disaman, 235 kenderaan disita

Zulkarnain menunjukkan kenderaan yang disita dalam Ops PeWA di Stesen Penguatkuasa JPJ Ayer Bemban, Kulai.
Zulkarnain menunjukkan kenderaan yang disita dalam Ops PeWA di Stesen Penguatkuasa JPJ Ayer Bemban, Kulai.
A
A
A

KULAI - Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) yang dijalankan sejak 1 Januari lalu menunjukkan hampir 325 warga asing tidak memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor, Zulkarnain Yasin berkata, statistik itu menunjukkan tahap kesedaran kepada pematuhan keselamatan jalan raya khususnya kenderaan persendirian masih berada ditahap rendah.

"Ops PeWA telah dilancarkan bermula 1 Januari lalu sehingga hari ini adalah bertujuan untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya melalui penguatkuasaan terancang ini.

"Sepanjang operasi ini, pihaknya telah memfokuskan kepada pengesanan, penilaian pematuhan syarat-syarat, peraturan keselamatan dan kenderaan dipandu dengan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau hasil operasi di Stesen Penguatkuasa JPJ Ayer Bemban di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, sejumlah 235 kenderaan disita, 459 diambil tindakan daripada keseluruhan 1,109 kenderaan yang diperiksa dalam operasi berkenaan.

Zulkarnain menunjukkan kenderaan yang disita dalam Ops PeWA di Stesen Penguatkuasa JPJ Ayer Bemban, Kulai.
Zulkarnain menunjukkan kenderaan yang disita dalam Ops PeWA di Stesen Penguatkuasa JPJ Ayer Bemban, Kulai.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 152 kenderaan adalah motosikal, 69 motokar, 11 lori dan tiga van.

Artikel Berkaitan:

"Pesalah yang diambil tindakan terdiri daripada 195 orang warga Pakistan, 110 Bangladesh, 99 Indonesia, 23 Myanmar, 15 Nepal dan 17 lain-lain negara.

“Antara kesalahan yang direkodkan pula adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada insuran kenderaan, tiada lesen vokasional, kesalahan teknikal seperti tidak selenggara tayar, lampu brek tidak berfungsi serta tiada cermin sisi.

“Manakala lain-lain kesalahan yang turut membawa kepada tindakan adalah seperti tidak memakai topi keledar, tidak mengenakan tali pinggang keledar serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.

Ringkasan AI

  • Operasi Khas Pemandu Warga Asing telah dilancarkan sejak 1 Januari menunjukkan hampir 325 warga asing tanpa Lesen Memandu Malaysia
  • Statistik operasi mengindikasikan tahap kesedaran pematuhan keselamatan jalan raya masih rendah
  • Tujuan utama operasi adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya
  • Sebanyak 235 kenderaan disita dan 459 kenderaan diambil tindakan daripada 1,109 kenderaan yang diperiksa
  • Antara kesalahan utama ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan tiada insuran kenderaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!