Masuk guna pasport tapi dicekup di 'rumah merah'

Keadaan premis yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur diserbu JIM Kuala Lumpur pada Rabu.
Keadaan premis yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur diserbu JIM Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan pelacuran di Jalan Petaling di sini mendakwa sanggup berulang-alik ke Malaysia dari negaranya dengan alasan mahu mendapatkan wang tambahan.

Serbuan Op Gegar pada Rabu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah.

Wanita asal Indonesia berusia awal 20-an yang mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia akan datang sebulan sekali ke Malaysia.

"Saya bekerja di kedai motosikal di sana (Indonesia).

"Dalam sebulan macam itu saya akan datang sini. Sekali datang dalam dalam 15 hari, kemudian pulang semula... di sini 'freelance' sahaja, masuk pakai pasport sahaja," dakwanya.

Ibu seorang anak itu berkata, dia mengetahui tempat terbabit selepas diberitahu rakannya dan mula menawarkan aktiviti tidak bermoral sejak setahun.

Sinar Harian yang berpeluang mengikuti operasi terbabit mendapati terdapat cubaan pelanggan dan wanita untuk melarikan diri hingga melanggar anggota operasi.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi bermula jam 8 malam dijalankan ke atas beberapa lot kedai dua tingkat melibatkan aktiviti tidak bermoral.

Artikel Berkaitan:

Wan Mohammed Saupee (dua dari kiri) ketika ditemui pemberita selepas Op Gegar di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Rabu.
Wan Mohammed Saupee (dua dari kiri) ketika ditemui pemberita selepas Op Gegar di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurutnya, seramai 19 individu ditahan.

"Tangkapan terdiri daripada 11 wanita iaitu 10 Indonesia dan seorang Vietnam disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran, manakala lima lelaki warga asing disyaki pelanggan dan tiga lelaki tempatan dipercayai merupakan penjaga atau 'kapten'.

"Antara kesalahan warga asing terbabit adalah tiada pas dan salah guna permit," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pemeriksaan di tiga premis dua tingkat itu mendapati terdapat lebih 30 bilik kecil yang dibuat dan melanggar syarat bangunan serta tiada kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, berdasarkan temubual dengan individu yang ditahan, aktiviti tidak bermoral itu melibatkan pelanggan yang datang secara 'walkin' selain tempahan melalui penjaga premis.

"Kadar yang dikenakan ialah RM60 dengan pembahagian antara RM15 hingga RM20 diberi kepada penjaga dan selebihnya kepada wanita terbabit," ujarnya.

Jelasnya, JIM juga mengesan wanita terbabit yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tetapi tujuan sebaliknya.

"Semakan dokumen mendapati terdapat pergerakan kerap keluar dan masuk," ujarnya.

Tegasnya, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi selain siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ringkasan AI

  • Wanita warga asing ditahan dalam serbuan pelacuran di Jalan Petaling, Kuala Lumpur
  • Serbuan Op Gegar dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat
  • Wanita tersebut dari Indonesia datang ke Malaysia sebulan sekali untuk menawarkan aktiviti tidak bermoral
  • Seramai 19 individu ditahan termasuk 11 wanita dan 8 lelaki yang terlibat dalam aktiviti pelacuran
  • Operasi ini mendedahkan pergerakan kerap wanita terbabit keluar masuk Malaysia dan mendapati premis melanggar syarat bangunan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!