Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes

Tiga individu berada di lorong kanan lebuh raya sebelum dirempuh pemandu Mercedes.
Tiga individu berada di lorong kanan lebuh raya sebelum dirempuh pemandu Mercedes.
A
A
A

SHAH ALAM – Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian pada jam 4.20 pagi, sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh tiga orang awam yang berada di lorong paling kanan lebuh raya itu.

"Kemalangan berpunca daripada satu insiden awal di antara sebuah kereta Honda HRV yang dinaiki dua rakan iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 50 tahun telah melanggar belakang Proton Suprima yang dipandu oleh seorang wanita berusia 20-an di lorong paling kanan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang.
Dua individu maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 11.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang.

Ramsay berkata, ketiga-tiga individu itu telah keluar dari kenderaan dan berada di lorong tersebut.

"Tiba-tiba datang sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki tidak sempat mengelak lalu merempuh Proton Suprima serta 3 orang tersebut.

"Kemalangan itu telah mengakibatkan pemandu dan penumpang Honda HRV maut di tempat kejadian, manakala pemandu Proton Suprima serta lelaki yang memandu Mercedes mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Shah Alam," katanya.

Beliau berkata, punca kematian dikenal pasti 'head and body injury due to motor vehicle accident'.

Artikel Berkaitan:

"Sampel darah dan air kencing lelaki yang memandu kereta Mercedes telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.

Terdahulu tular rakaman video telah dimuat naik di beberapa platform media sosial memaparkan kemalangan maut itu.

 

Ringkasan AI

  • Dua individu maut dan dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang
  • Kemalangan terjadi apabila sebuah Mercedes merempuh tiga orang awam di lorong paling kanan lebuh raya setelah insiden awal kemalangan
  • Insiden bermula dengan kereta Honda HRV yang melanggar belakang Proton Suprima
  • Kedua-dua mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang Honda HRV manakala pemandu Proton Suprima dan Mercedes cedera parah
  • Polis mengambil sampel darah dan air kencing pemandu Mercedes untuk ujian di Jabatan Kimia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!