Enam individu terbabit pemalsuan tuntutan pencen ilat RM220,000 ditahan

Enam individu dipercayai bersekongkol dalam pemalsuan dokumen bagi tuntutan faedah pencen ilat diberkas.
Enam individu dipercayai bersekongkol dalam pemalsuan dokumen bagi tuntutan faedah pencen ilat diberkas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam individu melibatkan Orang Berinsurans (OB) dan dalang yang dipercayai bersekongkol dalam pemalsuan dokumen bagi tuntutan faedah pencen ilat diberkas di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tangkapan itu dilakukan hasil risikan dan siasatan menerusi Ops Stroke dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 3 September tahun lepas.

"Siasatan awal mendapati jumlah faedah yang dibayar akibat tuntutan palsu ini mencecah kira-kira RM220,000. Bagaimanapun, tindakan pantas Perkeso berjaya menyekat unjuran kerugian yang lebih besar.

"Jika sindiket pemalsuan dokumen ini tidak ditangani dengan segera, nilai kerugian dianggarkan menjangkau RM3.78 juta,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata, Perkeso tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat integriti keselamatan sosial negara demi kepentingan peribadi.

Mohammed Azman berkata, semua permohonan tuntutan Perkeso adalah percuma dan pencarum hanya perlu berurusan terus dengan Perkeso bagi mengelakkan mereka dimanipulasi ejen atau sindiket.

"Perkeso sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada unsur manipulasi atau penipuan berlaku dan menyeru pencarum untuk sentiasa berlaku jujur serta amanah dalam mengemukakan sebarang tuntutan.

"Sebarang cubaan untuk mengemukakan dokumen palsu bukan sahaja akan menyebabkan tuntutan ditolak, malah individu terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Jelasnya, aktiviti sindiket itu bukan sekadar mengakibatkan kerugian kewangan secara langsung malah menjadi ancaman serius terhadap kemampanan dana keselamatan sosial negara dalam jangka panjang.

Artikel Berkaitan:

Ketirisan dana akibat tuntutan palsu berisiko menjejaskan keupayaan Perkeso untuk menyalurkan bantuan kepada pencarum yang benar-benar layak dan memerlukan perlindungan, tambahnya. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Enam individu termasuk Orang Berinsurans dan dalang dipercayai bersekutu dalam pemalsuan dokumen tuntutan faedah pencen ilat diberkas di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
  • Tangkapan hasil risikan dan siasatan Ops Stroke dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak 3 September tahun lalu
  • Jumlah faedah yang dibayar akibat tuntutan palsu mencecah RM220,000 dengan tindakan pantas Perkeso menyekat unjuran kerugian yang lebih besar
  • Kerugian lebih besar diunjurkan dapat menjangkau RM3.78 juta jika tindakan tidak segera diambil
  • Perkeso berkomitmen memastikan tiada penipuan dalam tuntutan dan menyeru pencarum jujur serta amanah, menyatakan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemalsuan dokumen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!