X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga daerah di Pahang jalani fasa pertama sanitasi

Anggota bomba menggunakan jentera untuk melakukan semburan nyah cemar pada Operasi Sanitasi Awam Covid-19 sekitar bandar Kuantan, hari ini.
A
A

KUANTAN - Tiga daerah dipilih untuk tindakan fasa pertama Operasi Sanitasi Awam dalam usaha menangani penularan koronovirus (Covid-19) di negeri ini.

Daerah terlibat ialah Kuantan, Jerantut dan Pekan dengan mengambil kira data statistik wabak di daerah berkenaan yang melebihi 10 kes setakat ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd Zahar Abdullah berkata, daerah Kuantan dan Jerantut selesai menjalani proses itu hari ini manakala di Pekan akan dilakukan esok.

Menurutnya, bagi daerah Kuantan, operasi sanitasi awam melibatkan beberapa kawasan sekitar bandar Kuantan dan Indera Mahkota.

Anggota bomba menggunakan jentera untuk melakukan semburan nyah cemar pada Operasi Sanitasi Awam Covid-19 sekitar bandar Kuantan, hari ini.
Anggota bomba menggunakan jentera untuk melakukan semburan nyah cemar pada Operasi Sanitasi Awam Covid-19 sekitar bandar Kuantan, hari ini.

"Kerja-kerja sanitasi awam ini melibatkan kerjasama dengan beberapa agensi termasuk Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), SWCorp, polis, Jabatan Kesihatan Negeri dan Alam Flora membabitkan 100 petugas terlibat.

"Manakala di Jerantut, kerja-kerja sanitasi awam di beberapa kawasan yang dikenalpasti melibatkan seramai 70 petugas pelbagai agensi," katanya ketika sidang akhbar selepas majlis penutup operasi itu di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di sini, hari ini.

Mohd Zahar berkata, operasi yang dimulakan jam 10 pagi berjalan lancar dan selesai sepenuhnya jam 12.30 tengah hari di mana semua petugas di Kuantan berkumpul di balai berkenaan untuk menjalani proses nyah cemar.

Petugas Operasi Sanitasi Awam Covid-19 menjalani proses nyah cemar di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota selepas selesai operasi di sekitar bandar Kuantan dan Indera Mahkota di sini, hari ini.
Petugas Operasi Sanitasi Awam Covid-19 menjalani proses nyah cemar di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota selepas selesai operasi di sekitar bandar Kuantan dan Indera Mahkota di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi sanitasi awam hari ini dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kawasan tumpuan umum yang ada kebarangkalian tinggi penularan wabak dan pejabat kerajaan yang beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Setakat ini Pahang belum ada kawasan dikategorikan sebagai zon merah namun tiga kawasan iaitu di Kuantan Centre, Indera Mahkota, Taman Automotif Pekan di Peramu, Pekan dan Hospital Bentong telah dikategorikan sebagai zon kuning atau jingga.

"Ekoran itu, dua kawasan berkenaan telah menutup operasi dan ditutup kepada orang awam manakala Hospital Bentong telah diambil tindakan pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus