Duit petrol: Najib putar belit keputusan mahkamah - Kit Siang

Kit Siang dan Najib
Kit Siang dan Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyelar tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan bayaran balik 'duit petrol' kepada sukarelawan sebagai rasuah berdasarkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya, dua bulan lalu.

Kit Siang mendakwa, bekas Perdana Menteri itu telah melakukan salah besar apabila tersalah tafsir dan memutarbelitkan penghakiman Hakim Azizah Nawawi yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya Cameron Highlands pada PRU14 terbatal.

Katanya, dalam penghakiman, hakim Azizah tidak pernah menyatakan bahawa duit sama ada dalam bentuk 'duit rokok' atau 'duit minyak' adalah sebahagian daripada rasuah.

"Hakim Azizah berkata, duit yang digunakan untuk memujuk pengundi untuk mengundi mana-mana parti politik adalah satu bentuk rasuah, sekalipun ia dianggap sebagai 'duit rokok' atau 'duit petrol', namun begitu, ia sah jika digunakan tanpa niat untuk memujuk pengundi untuk mengundi.

"Amat malang bagi Najib kerana tidak pernah mendalami bidang undang-undang, atau jika beliau mempelajarinya sekalipun, sudah tentu beliau gagal dalam peperiksaan undang-undang ekoran gagal memahami logik mudah dalam penghakiman dan hujah undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: Tu duit minyak bukan sogok]

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tanya kaunter claim duit minyak PH kat mana?]

Semalam, Najib dalam hantaran di laman sosial Facebook miliknya menyatakan, pemberian tidak kira dalam bentuk duit minyak atau duti rokok tetap rasuah berdasarkan pendapat hakim apabila mengumumkan keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada PRU14.

Artikel Berkaitan:

Ia susulan tersebarnya gambar seorang wanita yang memakai baju berlogo PH sedang mengagihkan duit di laman-laman sosial.

Bagaimanapun, PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular itu merupakan bayaran balik kos petrol kepada sukarelawan mereka.

Dalam pada itu, Kit Siang turut mempersoalkan motif di sebalik dakwaan pelik yang dibuat Najib itu.

"Adakah ia untuk mewujudkan budaya baharu berlandaskan integriti dan toleransi sifar terhadap rasuah di Malaysia atau ia sebenarnya helah untuk mengekang usaha berkenaan?," soalnya.