Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ibu negara mula perlahan petang ini

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia menghala ke Kuala Lumpur pasca cuti panjang Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan. Gambar hiasan
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia menghala ke Kuala Lumpur pasca cuti panjang Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dilaporkan bergerak perlahan menghala ke ibu negara petang ini berikutan orang ramai pulang selepas cuti panjang bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina dan sambutan awal Ramadan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat jam 2.15 petang, keadaan cuaca adalah baik namun peningkatan jumlah kenderaan ketara di laluan utama, menyebabkan kesesakan dan kelewatan di beberapa lokasi.

"Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1, trafik arah utara bergerak perlahan dari Gopeng ke Tapah manakala di PLUS E2, aliran trafik perlahan dikesan di Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Ayer Itam ke Sedenak disebabkan berlakunya kemalangan.

"Aliran trafik perlahan di Bandar Ainsdale menghala persimpangan Nilai Utara dan Bangi ke Kajang manakala di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, aliran trafik juga dilaporkan perlahan di Bentong ke Lentang dan Bukit Tinggi menghala Plaza Tol Gombak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, aliran trafik lancar di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini 24 jam menerusi talian 1-800-88-7752 dan laman X @plustrafik serta @llmtrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia menghala ke Kuala Lumpur pasca cuti panjang Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan
  • Cuaca baik namun peningkatan jumlah kenderaan menyebabkan kesesakan
  • Trafik arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan perlahan dari Gopeng ke Tapah dan Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta Ayer Itam ke Sedenak akibat kemalangan
  • Trafik perlahan juga dikesan di Bandar Ainsdale ke Nilai Utara, Bangi ke Kajang dan dari Bentong ke Lentang serta Bukit Tinggi ke Plaza Tol Gombak
  • Informasi trafik boleh didapat melalui talian 1-800-88-7752 dan laman X @plustrafik serta @llmtrafik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!