Tujuh projek PGBF ditamatkan, tiga lagi masih diteruskan

Mohammad Fakhruddin (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada salah seorang penerima pada majlis penyerahan surat tawaran Residensi Rakyat Pahang (RRP) di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian.
Mohammad Fakhruddin (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada salah seorang penerima pada majlis penyerahan surat tawaran Residensi Rakyat Pahang (RRP) di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh daripada 10 projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) ditamatkan susulan kegagalan memenuhi syarat dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian terperinci oleh jabatan undang-undang dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, tiga projek masih dalam pembinaan oleh pemaju dan berada di bawah perjanjian.

“Kita juga akan pastikan tiga projek ini dilaksanakan sebaik mungkin mengikut lunas undang-undang dan tertakluk kepada pencapaian syarikat selain dipantau dengan rapi oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

"Yang paling penting, rumah ini dapat disiapkan dan ditawarkan kepada pembeli yang layak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran Residensi Rakyat Pahang (RRP) di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai di sini pada Selasa.

Beliau menjelaskan, projek PGBF asalnya dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan melalui Felda, namun Kerajaan negeri hanya bertindak selepas projek menghadapi masalah bagi memastikan ia tidak terbengkalai.

“Projek PJPBM bukan inisiatif kerajaan negeri, tetapi selepas masalah timbul, kita cuba menyelesaikannya dengan menawarkan peluang kepada pemaju lain yang mampu mengusahakan projek tersebut,” jelasnya.

Menjawab penyerahan rumah PPR, Mohammad Fakhruddin berkata, sebanyak 85 surat tawaran rumah dj Pulau Manis diserahkan kepada penerima yang layak.

Jelasnya, setiap penerima kini boleh memulakan proses pinjaman di bank yang telah dikenal pasti dan peguam turut disediakan untuk memudahkan urusan.

Artikel Berkaitan:

“Rumah yang dibina di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini bernilai hampir RM300,000, namun ditawarkan kepada pembeli dengan harga serendah RM45,000.

"Kerajaan menanggung hampir RM255,000 bagi setiap unit sebagai subsidi,” jelas beliau.

Menurut beliau, projek PRR lain seperti di Inderapura dan Chendor dijangka siap tahun hadapan dan akan diserahkan kepada pemohon yang layak.

Ringkasan AI

  • Tujuh daripada 10 projek Perumahan Generasi Baharu FELDA ditamatkan kerana gagal memenuhi syarat dan tiada kemajuan
  • Tiga projek masih berjalan dan dipantau rapi oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
  • Projek PGBF asalnya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui FELDA, diambil alih kerajaan negeri apabila timbul masalah
  • Sebanyak 85 surat tawaran rumah di Pulau Manis diserahkan kepada penerima layak dengan pembiayaan dan bantuan selesai urusan disediakan
  • Rumah PPR ditawarkan dengan harga RM45,000 dengan subsidi kerajaan hampir RM255,000 setiap unit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!