Pelajar Malaysia di UK kebimbangan, kes Covid-19 naik mendadak

- Pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), terutama di Manchester berada dalam kebingungan hingga tidak tahu tindakan yang patut dilakukan seterusnya susulan jumlah kematian akibat Covid-19 melepasi 1,000 orang manakala 17,000 kes dicatatkan di negara ini.
- Pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), terutama di Manchester berada dalam kebingungan hingga tidak tahu tindakan yang patut dilakukan seterusnya susulan jumlah kematian akibat Covid-19 melepasi 1,000 orang manakala 17,000 kes dicatatkan di negara ini.
A
A
A

MANCHESTER - Pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), terutama di Manchester berada dalam kebingungan hingga tidak tahu tindakan yang patut dilakukan seterusnya susulan jumlah kematian akibat Covid-19 melepasi 1,000 orang manakala 17,000 kes dicatatkan di negara ini.

Terdahulu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa rakyat Malaysia yang masih berada di UK dan Amerika Syarikat agar mengambil penerbangan balik ke tanah air selagi penerbangan komersial masih beroperasi di samping bagi mengelakkan komplikasi yang tidak sepatutnya.

Adalah difahamkan nasihat itu dituju kepada rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara setelah pergi bercuti, atas urusan peribadi serta lawatan berhubung dengan kerja.

Pada waktu yang sama, pelajar Malaysia di bawah program tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dinasihati agar kekal bertenang dan duduk di negara tempat mereka belajar.

"Pelajar dinasihatkan untuk kekal berada di negara pengajian pelajar sehingga Mara mendapat arahan selanjutnya untuk membawa pelajar tajaan di bawahnya pulang.

'Setakat ini tiada keperluan untuk membawa pelajar pulang sebagaimana gerakan pelan evakuasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti di Itali dan Iran," demikian menurut kenyataan Mara.

Pelajar dan ibu bapa yang berkenaan melahirkan kebimbangan susulan banyak penerbangan ditangguhkan di seluruh dunia. Beberapa negara telah mengambil beberapa langkah untuk membendung penularan wabak Covid-19, termasuk sekatan keluar dan masuk, penutupan lapangan terbang dan pelaksanaan halangan perjalanan.

Sehingga Mac 2020, terdapat 2,932 pelajar luar negara tajaan Mara dan menurut Mara, United Kingdom mempunyai jumlah paling ramai iaitu 902 pelajar disusuli Australia 372, India (312), Jerman Barat (246), Ireland (225) dan Amerika Syarikat (222).

Artikel Berkaitan:

Pelajar telah mengutarakan kebimbangan mereka berhubung keberadaan mereka di UK terutama dari segi kelayakan untuk mendapatkan rawatan sekiranya dijangkiti Covid-19.

Kebanyakan universiti telah mengubah cara pembelajaran serta peperiksaan kepada pembelajaran maya dan peperiksaan dalam talian. Universiti termasuk University of Manchester telah menutup kawasan awamnya termasuk pejabat dan perpustakaan sebagai respon susulan pengumuman sekatan keluar dan masuk separa pada 23 Mac.

Ketika artikel ini ditulis, pelajar masih menunggu penjelasan daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan penularan virus itu sebagai pandemik berikutan ia telah merebak kepada lebih 114 negara.- Bernama