Beli dulu tanah, baru pacak tiang bangunan

Premis dibina secara haram bertahun-tahun dan apabila tindakan diambil, simpati awam dijadikan perisai.
Premis dibina secara haram bertahun-tahun dan apabila tindakan diambil, simpati awam dijadikan perisai.
A
A
A

SETIAP kali pihak berkuasa menjalankan operasi merobohkan premis yang dibina secara haram di atas tanah kerajaan, pasti akan berlaku muncul satu babak ‘drama’ berpura-pura menjadi mangsa.

Individu yang mengaku sebagai pemilik premis akan meninggikan suara, ada yang menangis di hadapan kamera dan ada yang melaungkan diri dianiaya kerajaan.

Hakikatnya, kebanyakan premis yang dirobohkan bukan binaan sementara sebaliknya bangunan kekal berdinding simen malah ada struktur bertambah dari masa ke masa.

Semua ini dibina melalui perancangan, modal dan keyakinan bahawa tanah kerajaan boleh dipergunakan sesuka hati. Jika satu hari kerajaan hendak rampas, kerajaan kena bayar pampasan.

Persoalan mudah, jika tanah itu bukan hak milik sendiri, mengapa pembinaan kekal diteruskan?

Merak Jalanan melihat satu pola berulang. Premis dibina secara haram bertahun-tahun dan apabila tindakan diambil, simpati awam dijadikan perisai.

Pemilik yang sudah menerima notis, teguran atau arahan berpindah namun tetap menambah struktur, membesarkan premis dan menjalankan operasi seperti biasa.

Apabila penguatkuasaan dijalankan, pihak berkuasa pula dilabel tidak berperikemanusiaan.

Jalan penyelesaian sebenar jelas, jika mahu membina secara kekal, beli tanah sendiri. Jika tidak mampu, mohon permit, sewaan sah atau kebenaran bertulis.

Artikel Berkaitan:

Proses ini mungkin perlahan dan memerlukan usaha tetapi ia lebih selamat daripada menunggu jentolak datang dan menimbulkan drama.

Merak Jalanan cuma ingin mengingatkan, jika tidak mahu menangis di hadapan jentolak, jangan bina impian di atas tanah yang bukan milik sendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!