Jakarta pula diancam banjir

JAKARTA – Ibu kota Indonesia sedang siap siaga untuk menghadapi cuaca buruk dan bencana hidrometeorologi lain, di tengah-tengah amaran peningkatan risiko hujan lebat dan angin kencang.
Menurut ramalan kaji cuaca dikeluarkan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Jakarta dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga Isnin ini.
Sejak beberapa hari lalu, angin berkelajuan sehingga 55 kilometer sejam (km/j), melebihi purata biasa 30km/j telah direkodkan.
"Cuaca ekstrem ketika kemuncak musim hujan itu dijangka berterusan hingga Januari depan. Siklon tropika dan dua benih siklon yang dikesan di tiga lokasi berasingan turut menyumbang kepada keadaan itu," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Jakarta, Rano Karno berkata, bandar tersebut perlu menggiatkan usaha mitigasi terutamanya ketika musim perayaan pada akhir tahun.
Jakarta terdedah kepada banjir kerana kedudukannya di kawasan berdataran rendah yang merupakan lembangan hilir bagi beberapa sungai.
Bagi mengurangkan potensi banjir, Agensi Air Jakarta telah menyediakan 590 pam air mudah alih.
Selain itu, pihak berkuasa juga memetakan 12 daerah di ibu kota termasuk Cilandak, Pasar Minggu, Kebayoran Baru dan Cipayung yang berpotensi berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan. - Agensi
Ringkasan AI
- Jakarta siap siaga menghadapi cuaca buruk termasuk hujan lebat dan angin kencang
- Angin berkelajuan sehingga 55 km/j telah direkodkan, melebihi purata biasa
- Cuaca ekstrem dijangka berterusan hingga Januari depan disebabkan oleh siklon tropika
- Jakarta terdedah kepada banjir dan telah menyediakan 590 pam air mudah alih untuk mengurangkan risiko
- Pihak berkuasa memetakan 12 daerah berisiko tinggi kejadian tanah runtuh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

