Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 12 tengah hari ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 9 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Sabah melibatkan Sandakan dan Kudat (Pitas dan Kudat). - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Amaran ini melibatkan empat negeri sehingga 12 tengah hari
- Cuaca buruk dijangka melanda Selangor termasuk Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut terkesan
- Negeri Sembilan dan Sabah, khususnya Sandakan dan Kudat, juga menerima amaran yang sama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
