Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

MetMalaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang ini. Foto hiasan
MetMalaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang ini. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat); serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang membabitkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Keadaan cuaca itu juga diramalkan melanda beberapa kawasan di Sabah, iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu). - Bernama

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
  • Amaran dikeluarkan untuk beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga jam 5 petang
  • Cuaca buruk dijangka melanda Pahang, Selangor dan Jelebu di Negeri Sembilan
  • Amaran sama dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Sarawak
  • Cuaca itu juga diramalkan melanda kawasan di Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!