Melaka akan perbaiki SOP kaunter pentadbiran sekolah

Mohd Sofi(kiri) bersalaman dengan Abdullah (dua,kanan) sambil diperhatikan Noor Effandi (tiga,kanan) pada sesi pertemuan itu di Bukit Katil, di sini, tadi.
Mohd Sofi(kiri) bersalaman dengan Abdullah (dua,kanan) sambil diperhatikan Noor Effandi (tiga,kanan) pada sesi pertemuan itu di Bukit Katil, di sini, tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri akan menambahbaik sistem perkhidmatan kuanter pentadbiran di setiap sekolah bagi mengurangkan karenah birokrasi dalam masa terdekat ini.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi, Noor Effandi Ahmad berkata, sistem yang sedia ada dilihat kurang berkesan untuk memberikan perkhidmatan terbaik terutama kepada ibu bapa.

Katanya, ada kes memaksa ibu bapa menunggu guru penyelaras tingkatan untuk datang ke pejabat dan proses berkenaan mengambil masa lebih sejam.

Menurutnya, dengan memperkenalkan satu prosedur operasi standard (SOP) dibahagian pengurusan, akan dapat memperbaiki kelemahan dan memastikan masa menunggu ibu bapa lebih pendek sekali gus mengoptimumkan peranan bahagian pentadbiran yang terdiri dalam kalangan pentadbir, pengawai dan kerani.

Katanya, perbincangan secara tuntas bersama jabatan pendidikan negeri akan dilakukan secara tuntas terlebih dahulu, sebelum sistem berkenaan dipraktikan di 313 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

"Kita tidak menyalahkan pihak sekolah sebab itu yang (sistem) digunakan bila ada pelajar baharu datang ke sekolah, maka guru penyerlas tingkatan yang perlu melayan dan memberikan perkhdimatan kepada ibu bapa.

"Menerusi penambahbaikan ini juga guru penyelaras tak perlu lagi hadir je pejabat seperti SOP sebelum ini kerana di pejabat ada pihak pentadbiran termasuk menyelesaikan borang-borang pendaftaran dan apa jua isu," katanya.

Noor Effandi berkata demikian ketika pertemuan diantara pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka diBukit Katil, di sini, semalam.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengetua SMK Bukit Katil, Abdullah Othman serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Wahab.

Noor Effandi yang juga Adun Telok Mas berkata, pelaksanaan ini juga akan mampu meminimakan tugas guru di sekolah yang sedia maklum tugas dan peranan mereka begitu banyak bukan sahaja ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) malah di luar kelas.

Semalam, tular di media sosial apabila Adun Durian Tunggal memuatnaik status kekesalan beliau yang mendakwa pengurusan sekolah berkenaan lambat mengambil tindakan dalam urusan pendaftaran anak beliau sehingga terpaksa menunggu tempoh agak lama.