Pemandu, penumpang e-hailing parah kereta dihempap pokok tumbang

Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba. Foto ihsan polis
Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba. Foto ihsan polis
A
A
A

NILAI - Dua lelaki nyaris maut selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian di jalan menghala ke INTI Kolej di sini pada Rabu.

Kejadian jam 4.59 petang itu menyebabkan pemandu e-hailing berusia 39 tahun dan jurutera Malaysia Airlines berusia 41 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di Seremban untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, insiden berlaku ketika hujan lebat.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Nilai bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit selepas operasi dijalankan dan seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba. Gambar tular
Kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh bomba. Gambar tular

Menurutnya, pemandu kenderaan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dipercayai mengalami trauma dan dilaporkan tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku.

Tambahnya, mangsa juga tidak dapat menggerakkan kedua-dua belah kaki dan disyaki mengalami kecederaan atau patah.

Artikel Berkaitan:

"Penumpang berusia 41 tahun yang bekerja sebagai jurutera Malaysia Airlines, mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala, kecederaan dalaman di bahagian abdomen serta disyaki mengalami patah pada kedua-dua belah tangan," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!