MB Kelantan akan jumpa PM dalam masa terdekat

Mohd Nassuruddin (duduk, kiri) semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama di Kota Darulnaim pada Rabu.
Mohd Nassuruddin (duduk, kiri) semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama di Kota Darulnaim pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kunjungan itu bagi merapatkan hubungan negeri dan kerajaan Persekutuan.

"Kita ingin mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak selari dengan semangat federalisme.

"Kita dengan Pusat sentiasa bekerjasama dan perkara ini sudah menjadi amalan sejak sekian lama," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama pada Penggal ke-15 di Kota Darulnaim pada Rabu.

Menurut beliau, Pilihan Raya Negeri (PRN) telah selesai malah isu politik tidak timbul.

"Fokus sekarang ialah hubungan kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Insya-ALLAH pihak kita akan mengekalkan hubungan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: