Covid-19: Seorang lagi disahkan meninggal dunia

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Angka kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini meningkat kepada 27 kes selepas seorang lagi disahkan meninggal dunia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa yang meninggal dunia itu merupakan kes ke 2,162.

Menurutnya, mangsa korban terbaharu akibat wabak itu merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 61 tahun

"Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac dan kemudian dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac pada jam 10.50 pagi," katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, dengan pertambahan itu, kadar kematian akibat wabak tersebut adalah 1.1 peratus.

Katanya, setakat jam 12 tengah hari tadi, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini, seramai 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.