Cuci kilang punca pencemaran air

Air tercemar di Bestari Jaya yang menyebabkan LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 ditutup semalam. Gambar kecil: Zaini
Air tercemar di Bestari Jaya yang menyebabkan LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 ditutup semalam. Gambar kecil: Zaini
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan pengusaha kilang atau kedai menjalankan kerja cuci premis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat boleh menjadi punca pencemaran sumber air di Selangor.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, pencemaran boleh berlaku sekiranya sisa minyak dicuci hanya dengan air tanpa menggunakan sabun disalurkan terus ke longkang sebelum mengalir ke sungai.

Menurutnya, walaupun ia kelihatan remeh namun pencemaran sumber air sungai yang berlaku turut mengundang masalah kepada pengguna kerana boleh menyebabkan gangguan air di beberapa kawasan di Selangor.

Tong minyak ditemui di sebuah kilang berhampiran lokasi pencemaran air di Bestari Jaya semalam.
Tong minyak ditemui di sebuah kilang berhampiran lokasi pencemaran air di Bestari Jaya semalam.

"Dalam tempoh PKP kini, ada sesetengah peniaga atau pengusaha kilang ambil kesempatan untuk basuh premis namun basuhan tanpa sabun boleh menjadi sebab sisa minyak itu tidak larut.

"Pihak kilang mahupun kedai dilarang sama sekali untuk buang sisa minyak terus ke longkang, perlu patuhi prosedur pelupusan sisa berjadual dan sisa tidak berjadual.

"Sisa dalam apa bentuk sekalipun perlu diuruskan dengan sebaiknya sama ada diguna semula, dinyahcemarkan atau dilupuskan mengikut peraturan sedia ada," katanya mengulas pencemaran air dipercayai daripada bahan minyak di sekitar Bestari Jaya semalam

Jelasnya, tindakan pantas Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjaya mengawal pencemaran minyak terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 yang ditutup jam 9.30 pagi kembali beroperasi sepenuhnya pada jam 11.55 pagi dengan tiada gangguan bekalan air direkodkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran minyak, tiga LRA henti operasi

Tiga LRA di Selangor beroperasi semula

Sisa kilang bahan binaan punca pencemaran Sungai Selangor

Selangor mencatatkan dua isu pencemaran sungai dalam tempoh 10 hari antara 17 Mac hingga semalam dengan kes pertama dikesan di kawasan Perindustrian Kecil Sungai Bakau Bandar Country Homes, Rawang melibatkan pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Selangor dengan bacaan 4 ton.

Ia direkodkan di kawasan yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Lokasi pencemaran minyak dikesan di Bestari Jaya semalam.
Lokasi pencemaran minyak dikesan di Bestari Jaya semalam.