Pembantu kedai wanita didakwa culik ahli perniagaan

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang, Jun lepas.
Jun'haidati Tukiman, 47, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menculik lelaki berusia 47 itu untuk wang tebusan di hadapan Masjid An-Nur, Taman Sri Murni dekat sini pada jam 11.30 malam 26 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Dr Azrol Abdullah menetapkan 13 Februari 2026 untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Zaidi Othman.
Pada 30 Julai lepas, tujuh lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama. - Bernama
Ringkasan AI
- Pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah menculik ahli perniagaan Bangladesh di Selayang
- Penculikan dilakukan untuk wang tebusan di Masjid An-Nur Taman Sri Murni
- Jun'haidati Tukiman didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961
- Hakim menetapkan 13 Februari 2026 untuk sebutan semula kes
- Pada 30 Julai, tujuh lelaki warga asing didakwa atas pertuduhan sama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
