Wanita mengaku tidak bersalah duduki tanah kerajaan, buka kebun durian Musang King

FOTO: Foto Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang
Lian Kien (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu atas pertuduhan menduduki tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Pertang, Mukim Gali tanpa kebenaran.
FOTO: Foto Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Lian Kien (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu atas pertuduhan menduduki tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Pertang, Mukim Gali tanpa kebenaran.
A
A
A

RAUB - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Raub pada Rabu atas pertuduhan menduduki tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Pertang, Mukim Gali tanpa kebenaran, dengan membuka kebun durian musang king dan membina pondok di kawasan tersebut pada tahun lalu.

Tertuduh, Yong Lain Kien, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Berdasarkan pertuduhan, Lain Kien didakwa menduduki tanah kerajaan negeri Pahang di koordinat (U 3°44’18.83″ T 102°1’40.07″) dan (U 3°44’18.23″ T 102°1’40.90″) di Sungai Pertang, Mukim Gali di sini pada jam 11.19 pagi, 9 Ogos tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Akta 828) pindaan 2020, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan kes dijalankan Pegawai Penyiasat UPNP, Mohd Khairi Mat Saman.

Dalam prosiding itu, Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Hasmadi Mahyudin dan Nurul Ain Wozzari, menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikurangkan atas alasan tidak mempunyai pekerjaan, selain perlu menyara dua anak yang masih bersekolah.

Susulan rayuan itu, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan pada 24 September ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!