Dua kenderaan Thailand dikesan cuba seludup diesel

BUKIT KAYU HITAM - Dua warga Thailand ditahan dalam dua kes berasingan pada Isnin membabitkan cubaan menyeludup diesel ke negara jiran dengan nilai rampasan keseluruhan termasuk kenderaan mencecah RM105,236.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kedua-dua suspek dipercayai menggunakan modus operandi yang sama iaitu mengubah suai kenderaan mereka dengan memasang tangki tambahan bagi tujuan menyeludup diesel ke Thailand.
Menurutnya, jumlah diesel yang cuba diseludup ialah sebanyak 1,700 liter bersamaan nilai anggaran RM5,236 manakala kedua-dua kenderaan dirampas membabitkan nilai RM100,000.

"Kes pertama membabitkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux putih membawa kira-kira 900 liter diesel semasa pemeriksaan dibuat ketika melepasi Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada jam 4.49 petang.
"Kes kedua pula membabitkan Toyota Hilux kelabu membawa muatan diesel mencecah 800 liter melalui ICQS pada jam 7.45 petang," katanya.

Beliau berkata, pemandu dan kenderaan ditahan serta diserah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan Seksyen 64(1) APJ 1987 bagi tujuan sita kenderaan.
Ringkasan AI
- Dua warga Thailand ditahan kerana cubaan menyeludup diesel ke Thailand dari Bukit Kayu Hitam
- Keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan adalah RM105,236
- Suspek menggunakan modus operandi mengubah suai kenderaan dengan tangki tambahan untuk menyeludup diesel
- Jumlah diesel yang cuba diseludup adalah 1,700 liter bernilai RM5,236
- Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

