8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan pada 2025

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan pada tahun lalu dengan platform WhatsApp menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan statistik Januari hingga Disember, WhatsApp mendominasi dengan 43 peratus kes penipuan tawaran pekerjaan di Malaysia iaitu 3,822.
"Telegram pula merekodkan 2,224, Facebook (1,638), Instagram (515), Google/Website (316) dan panggilan telefon 225 serta selebihnya adalah lain-lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Rusdi berkata, ia menunjukkan peningkatan penggunaan aplikasi komunikasi dalam aktiviti penipuan pekerjaan.
"Sentiasa berhati-hati dan pastikan kesahihan tawaran pekerjaan yang diterima," katanya.
Ringkasan AI
- Sebanyak 8,911 kes penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan pada tahun lalu
- Platform WhatsApp menyumbang hampir separuh dari jumlah kes
- WhatsApp mendominasi dengan 43 peratus kes
- Telegram, Facebook, Instagram, Google/Website, dan panggilan telefon juga menjadi saluran penipuan
- Peningkatan penggunaan aplikasi komunikasi dalam aktiviti penipuan pekerjaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
