Menimbang etika dunia tanpa sempadan

Kementerian Komunikasi pertimbang Kod Etika Pempengaruh bagi memastikan kandungan media sosial bertanggungjawab tanpa mengekang kebebasan bersuara dan kreativiti - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi pertimbang Kod Etika Pempengaruh bagi memastikan kandungan media sosial bertanggungjawab tanpa mengekang kebebasan bersuara dan kreativiti - Gambar hiasan
A
A
A

KEMENTERIAN Komunikasi sebelum ini bersedia meneliti pembentukan Kod Etika Pempengaruh bagi media sosial bagi mewujudkan Kod Etika Pempengaruh iaitu satu rangka etika khas untuk pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial.

Cadangan daripada Pakar Perang Saraf serta Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin itu turut menekankan bahawa pempengaruh tanpa akreditasi dan standard tertentu boleh menyebarkan pandangan atau maklumat tidak berasaskan kepakaran, terutama dalam isu sensitif berkaitan kesihatan, kewangan, undang-undang dan sosial.

Fahmi menyatakan kerajaan belum mengenakan lesen atau kawalan rasmi terhadap pempengaruh tetapi dengan cadangan berkenaan beliau mahu menelitinya dahulu sebelum membuat keputusan formal.

Salah satu pemangkin cadangan berkenaan adalah kejadian di mana dalam inkues kematian seorang pelajar (Zara Qairina Mahathir), pempengaruh tanpa akreditasi dikatakan diberi akses liputan sedangkan media rasmi dihalang sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keadilan, piawaian liputan dan ketelusan.

Langkah tersebut bukan semata-mata tentang kawalan kerana ia juga dilihat sebagai usaha untuk membawa elemen tanggungjawab dan etika kepada lanskap media sosial.

Dengan kuasa dan pengaruh luas pempengaruh, penghasilan kandungan yang bertanggungjawab boleh membantu menjaga integriti maklumat dalam masyarakat.

Cadangan Kod Etika Pempengaruh juga dilihat sebagai sebahagian daripada kerangka luas tindakan kerajaan selain garis panduan untuk media sosial, kerajaan dikatakan sedang menggubal dasar baru termasuk kawalan kandungan, garis panduan AI dan undang-undang berkaitan penyebaran maklumat palsu.

Namun, usaha berkenaan juga berdepan dilema antaranya membuat kod etika yang kuat tanpa mengekang kebebasan bersuara, kreativiti dan kebebasan ekspresi di media sosial.

Di samping itu, banyak pempengaruh juga memberi impak positif contohnya mereka berkongsi maklumat berguna, pendidikan, inspirasi dan nilai kekitaan, jadi sebarang kod etika perlu diimbangkan supaya tidak mengekang aspek konstruktif ini.

Artikel Berkaitan:

Faktor penting lain adalah amat cepatnya kandungan di media sosial tersebar seperti tanpa semakan fakta, dalam suasana di mana orang ramai menghabiskan ramai masa dalam talian, kod etika dapat memberi panduan agar kandungan lebih telus, bertanggungjawab dan menjaga kepercayaan awam.

Pelaksanaan kod etika jika dilakukan perlu seimbang dengan mengambil kira kebebasan bersuara, kreativiti, tanggungjawab sosial dan hak pengguna.

Dialog dan libat-urusan menyeluruh antara kerajaan, pakar media, pempengaruh dan masyarakat amat penting bagi memastikan etika diterapkan tanpa membatasi ciri positif media sosial.

tamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!