Shamsul Iskandar terpalit isu rasuah, tidak ulas kedudukan dalam PKR

Shamsul Iskandar hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat dengan memakai baju batik berwarna hijau, bagi menghadapi satu kes rasuah.
Shamsul Iskandar hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat dengan memakai baju batik berwarna hijau, bagi menghadapi satu kes rasuah.
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak mengulas berhubung kedudukannya dalam PKR, selepas didakwa atas lima kes rasuah berhubung lesen penerokaan mineral di Sabah.

Selepas prosiding kes di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, Shamsul Iskandar, 51, memohon pihak media memberi tumpuan kepada soalan-soalan berkenaan pertuduhan yang dihadapi dan tidak mencampur adukkan isu politik.

“Terima kasih kepada rakan-rakan bantu setidaknya kumpul dana untuk jaminan, kerana pada saya ia sangat tinggi, teruskan doa.

“Kita cerita kes ini dahulu, politik kemudian," kata Ketua PKR Melaka dan Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, sama ada akan meletakkan jawatan dalam parti selepas terpalit dengan kes jenayah tersebut.

Shamsul Iskandar kemudiannya beredar sambil menunjukkan isyarat ‘tanda bagus’.

Pada Khamis, ahli politik ini didakwa atas satu kes bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga kes memperoleh wang termasuk kelengkapan perabot serta barangan elektrik berjumlah RM76,829.03.

Hakim, Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM150,000 dan memenuhi tiga syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi dan melaporkan diri di Ibu Pejabat SPRM sekali setiap bulan.

Susulan itu, wang ikat berkenaan dibayar oleh seorang kenalannya dari Melaka dan seorang bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sementara itu, peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar berkata, wang jaminan dikumpul menerusi kutipan bantuan daripada kepimpinan parti PKR dan rakan-rakan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemimpin parti itu sememangnya tidak mampu untuk menyediakan wang jaminan yang terlalu tinggi.

Pada Jumaat, bapa kepada tiga anak itu didakwa lagi atas satu kes menerima suapan sebanyak RM64,924 untuk bayaran penyewaan rumah, berhubung tujuan sama pada tarikh serupa.

Bagaimanapun, Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin mengguna pakai jumlah termasuk syarat tambahan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ringkasan AI

  • Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin didakwa atas lima kes rasuah berkaitan lesen penerokaan mineral di Sabah
  • Shamsul Iskandar meminta media memberi fokus kepada pertuduhan yang dihadapi dan tidak mencampuradukkan dengan politik
  • Shamsul Iskandar, yang juga Ketua PKR Melaka, tidak menjawab soalan tentang kedudukannya dalam PKR selepas didakwa
  • Jaminan RM150,000 dibayar dengan bantuan kumpulan dana dari rakan dan bekas Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan
  • Didakwa lagi atas satu kes menerima suapan RM64,924 untuk bayaran penyewaan rumah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!