Laungan 'bebas Shamsul' bergema di pekarangan mahkamah

KUALA LUMPUR - Laungan “Bebas Shamsul” bergema apabila beberapa individu dipercayai penyokong bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengiringi beliau menuju ke kenderaan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Mereka dilihat hadir sejak awal pagi, mengikuti pergerakan Shamsul Iskandar ketika beliau menghadiri prosiding pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Suasana bagaimanapun kekal tenang dan terkawal dengan kehadiran beberapa petugas keselamatan di lokasi.

Terdahulu, Shamsul Iskandar bersama peguamnya turut mengadakan sidang akhbar ringkas di pintu masuk kompleks mahkamah.
Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM100,000 serta tiga pertuduhan memperoleh wang dan kelengkapan perabot serta barangan elektrik bernilai RM76,829.03 pada 2023 dan tahun lalu.
Pengakuan tersebut dibuat selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Ringkasan AI
- Laungan "Bebas Shamsul" bergema ketika penyokong mengiringi Shamsul Iskandar ke kenderaan di Mahkamah Kuala Lumpur
- Individu yang hadir mengikuti pergerakan Shamsul sejak awal pagi semasa prosiding pertuduhan rasuah
- Suasana di kompleks mahkamah kekal tenang dan terkawal dengan kehadiran petugas keselamatan
- Shamsul Iskandar dan peguamnya mengadakan sidang akhbar ringkas di pintu masuk mahkamah
- Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah dan memperoleh barangan bernilai lebih RM76,829.03
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

