Shamsul Iskandar bayar ikat jamin hasil kutipan dana penyokong

Mohd Yusmadi (kiri) ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
Mohd Yusmadi (kiri) ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membayar ikat jamin RM150,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen hasil kutipan dana yang digerakkan oleh rakan-rakan serta pimpinan parti.

Peguam belanya, Mohd Yusmadi Yusoff berkata, jumlah jaminan tersebut melebihi kemampuan kewangan anak guamnya.

“Ini menyebabkan Shamsul terpaksa bergantung kepada sumbangan yang dikumpulkan secara pantas selepas prosiding pagi tadi.

“Shamsul tidak mampu menyediakan jaminan sebanyak itu, namun bantuan daripada pimpinan PKR dan sahabat-sahabatnya membolehkan perkara ini diselesaikan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Menurutnya, dua individu tampil menjadi penjamin iaitu seorang kenalan Shamsul dari Melaka serta seorang bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga pertuduhan memperoleh wang serta kelengkapan perabot dan barangan elektrik berjumlah RM76,829.03, yang didakwa berlaku pada 2023 dan tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membayar ikat jamin RM150,000 dengan bantuan dana daripada rakan-rakan serta pimpinan parti
  • Jumlah jaminan melebihi kemampuan kewangan Shamsul
  • Sumbangan untuk jaminan dikumpulkan secara pantas selepas prosiding mahkamah
  • Dua individu tampil sebagai penjamin termasuk seorang kenalan dari Melaka dan bekas pemimpin AMK
  • Shamsul mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah RM100,000 dan tiga pertuduhan memperoleh wang serta barangan bernilai RM76,829.03

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!