Bukit Bintang tanpa wajah 'kita'

Jalan Bukit Bintang menjadi tumpuan warga asing. Foto fail Bernama
Jalan Bukit Bintang menjadi tumpuan warga asing. Foto fail Bernama
A
A
A

KELMARIN, Merak Jalanan turun Bukit Bintang dengan perasaan excited.

Biasanya tempat ni meriah dengan rakyat tempatan, tapi pelik dari pagi sampai tengah hari, muka-muka tempatan ada tapi tidak ramai. Yang ramai, warga asing sahaja.

Pelancong sana-sini, pekerja kedai, semua 'berwarna-warni', tapi kita? Rasa seperti minoriti pula. Merak Jalanan jalan dari lorong ke lorong, cuba perhati suasana.

Kedai meriah, neon lampu seperti tak pernah tidur, bunyi kereta dan muzik jalanan jadi soundtrack kota.

Tapi bila tengok orang sekeliling, ada satu rasa pelik, macam Bukit Bintang bukan milik kita pun.

Selepas melunaskan tugasan, Merak Jalanan singgah sebentar minum kopi, duduk di kedai mamak sambil tengok orang lalu lalang. Pekerja kios sibuk, tapi wajah tempatan? Jarang.

Rasanya macam Bukit Bintang beri vibe lain. Hiruk-pikuk tetap ada, tapi warna orang lain lebih dominan bila terlalu ramai wajah asing yang bertembung dengan Merak Jalanan.

Bila ditanya dari mana mereka ini, kebanyakan seakan mengelak. Merak Jalanan tidak tahu sama ada mereka hadir secara sah atau tidak, seolah-olah gerun bila disapa warga tempatan.

Kalau keadaan terus macam ini, jangan terkejut kalau suatu hari nanti Bukit Bintang hilang identiti tempatan.

Artikel Berkaitan:

Kota yang kita bangga ini mungkin cuma jadi panggung pelancong, neon lampu dan wajah asing yang tinggal.

Ia mengajar Merak Jalanan satu perkara walau kota ini ada cerita dia sendiri, tapi kalau kita tak hadir dan ambil peduli, warna tempatan akan lama-lama tenggelam.

Bukit Bintang, suatu masa nanti boleh jadi asing sepenuhnya bagi kita sendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!