Video tular tidak boleh dijadikan bukti, tuduhan samar dan tidak berasas

Lip Eng
Lip Eng
A
A
A

SHAH ALAM – Video tular dalam talian yang menampilkan seorang wanita dengan wajah disembunyikan serta suara lelaki tidak dikenali tidak boleh dijadikan bukti terhadap Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, video yang disunting itu hanya memuatkan tuduhan samar mengenai kononnya satu plot melibatkan Perdana Menteri.

“Mari kita jelaskan dengan tegas: video seperti ini bukan bukti kepada apa-apa.

“Perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan tidak jujur bagi sesiapa menggunakan klip sebegini untuk menyerang Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menegaskan pihak yang membuat tuduhan sepatutnya mengemukakan bukti sebenar dan berdiri teguh dengan dakwaan mereka secara terbuka.

“Bersembunyi di sebalik penyelewengan dan anonimiti menunjukkan kredibiliti mereka yang sebenar,” katanya.

Lip Eng juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak diperdaya helah politik murah.

Menurutnya, Perdana Menteri tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bayangan dan khabar angin yang dicipta untuk drama tular sebaliknya hanya berdasarkan fakta yang boleh disahkan.

“Malaysia layak untuk sesuatu yang lebih baik daripada tuduhan tanpa asas yang disamarkan sebagai pendedahan,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Video tular yang menunjukkan wanita dengan wajah disembunyikan dan suara lelaki tidak dikenali tidak boleh dijadikan bukti terhadap Perdana Menteri
  • Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyatakan video disunting itu mengandungi tuduhan samar terhadap Perdana Menteri
  • Menggunakan video tersebut untuk menyerang Perdana Menteri dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak jujur
  • Pihak yang membuat tuduhan harus mengemukakan bukti sebenar dan berdiri teguh dengan dakwaan mereka secara terbuka
  • Lip Eng menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan helah politik murah dan menilai Perdana Menteri berdasarkan fakta yang boleh disahkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!