Foto tular Bantuan Ramadan, tuntutan Kredit E-Tunai palsu - MOF

MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.
MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MOF memaklumkan poster "Bantuan Ramadan RM500 one-off” berserta gambar Perdana Menteri itu adalah palsu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF,” menurut hantaran itu.

Orang ramai turut diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian itu. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Kewangan menafikan permohonan Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai
  • Poster Bantuan Ramadan RM500 yang menampilkan gambar Perdana Menteri adalah palsu
  • Orang ramai dinasihatkan untuk tidak klik pautan meragukan dan tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah
  • Maklumat harus disemak melalui saluran rasmi MOF
  • Orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!