Penjawat awam Perak terima bonus dua bulan gaji

Saarani (depan, dua dari kiri) ketika hadir bagi ucapan Pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto Bernama
Saarani (depan, dua dari kiri) ketika hadir bagi ucapan Pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak pada Selasa mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada peranan dan khidmat besar penjawat awam dalam memastikan kelangsungan pentadbiran negeri.

"Bantuan khas ini meliputi semua penjawat awam negeri termasuk Ahli-ahil Ex Officio, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta kakitangan lantikan MySTEP," katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini pada Selasa.

Saaarani berkata, bagi pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina dan India serta Tok Batin akan menerima bantuan khas sama pada kadar RM600.

No Image Caption

"Bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada semua guru KAFA, guru I'dadi dan Thanawi pada kadar RM400," katanya.

Kerajaan negeri turut mengurangkan kadar faedah Pinjaman Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Komputer kepada 2 peratus setahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Sementara itu, sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri memperuntukkan bantuan khas kewangan dua bulan elaun iaitu RM20,000 kepada setiap pusat khidmat.

Artikel Berkaitan:

"Semua bayaran BKK yang disebutkan tadi akan dibuat pada Disember depan manakala untuk Pusat Khidmat DUN pula pada Januari 2026," katanya.

Ringkasan AI

  • Kerajaan Perak umum Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji untuk penjawat awam negeri
  • Saarani Mohamad sebut insentif sebagai penghargaan kepada peranan penjawat awam
  • Bantuan meliputi semua penjawat awam termasuk guru lantikan negeri dan kakitangan MySTEP
  • Pemimpin masyarakat dan guru agama terima bantuan khas RM600 dan RM400
  • Kadar faedah pinjaman dikurangkan ke 2% dan bantuan khas RM20,000 untuk setiap Pusat Khidmat DUN

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!