'Harap anak saya individu terakhir yang meninggal dunia' - Bapa kanak-kanak Rusia disengat ubur-ubur

Nikita, bersama isterinya Olga tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan saat kehilangan anak mereka akibat disengat ubur-ubur.
Nikita, bersama isterinya Olga tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan saat kehilangan anak mereka akibat disengat ubur-ubur.
A
A
A

ALOR SETAR - Bapa kanak-kanak warga Rusia yang maut akibat disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi, baru-baru ini berharap kejadian yang menimpa anaknya dapat dijadikan iktibar.

Nikita Lakubanets, 32, berkata, langkah keselamatan di pantai pulau peranginan itu perlu dipertingkatkan bagi melindungi orang ramai daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Mereka harus meningkatkan keselamatan pantai bagi mengelak tragedi serupa. Kematian anak lelaki kami menunjukkan masalah ini sangat serius dan ia meninggalkan kesan yang mendalam.

"Kami berharap dapat melihat penyelesaian kepada masalah ini. Harapan kami, anak saya adalah individu terakhir yang meninggal dunia kerana insiden seperti itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Nikita dan isteri Olga, 32, menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Anak pasangan itu, Vladimir yang berusia dua tahun menghembuskan nafas terakhir di HSB pada Rabu selepas bertarung nyawa sejak kejadian itu pada 15 November lepas.

Pasangan itu merancang untuk melakukan proses pembakaran mayat sebelum abu anak mereka dibawa pulang ke Rusia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bapa kanak-kanak warga Rusia yang maut akibat disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi meminta keselamatan pantai ditingkatkan
  • Nikita Lakubanets berharap tiada lagi tragedi serupa berlaku
  • Keselamatan pantai perlu diperbaiki untuk melindungi orang ramai
  • Anak Nikita, Vladimir berusia dua tahun meninggal setelah bertarung nyawa dari kejadian pada 15 November
  • Pasangan itu merancang untuk membakar mayat anak mereka sebelum membawa abunya pulang ke Rusia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!