Kedah harap KKM pertimbangkan stok antibisa ubur-ubur di Langkawi

Mohd Salleh ketika menemui ibu bapa kepada kanak-kanak maut akibat sengatan ubur-ubur.
Mohd Salleh ketika menemui ibu bapa kepada kanak-kanak maut akibat sengatan ubur-ubur.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan keperluan bagi menyediakan antibisa penawar sengatan ubur-ubur di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, meskipun kes itu tidak kerap berlaku namun penawar berkenaan perlu disediakan memandangkan Langkawi memiliki kawasan pantai yang luas.

"Saya berjumpa dengan Exco Kesihatan di Kedah terutama di Hospital Sultanah Maliha tidak ada anti venom (penawar) ini yang ada di Sabah, kita akan panjangkan ke KKM.

"Sebab Langkawi juga kawasan pantai seperti mana di Sabah... dan ini lah apabila berlaku kes macam ini walaupun kes terpencil tetapi... kita tetap pandang serius untuk melihat semua aspek untuk memastikan keselamatan pelancong dan juga pelawat yang datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Mohd Salleh bertemu ibu bapa kepada kanak-kanak Rusia yang maut terkena sengatan ubur-ubur kotak Rabu lalu, ketika mandi di Pantai Cenang.

Beliau berkata, perjumpaan bersama kesemua agensi terlibat juga akan diadakan pada 24 November ini bagi membincangkan secara khusus tentang keselamatan pantai.

Terdahulu, Vladimir Lakubanets berusia dua tahun disahkan meninggal dunia di HSB selepas lima hari menerima rawatan akibat sengatan ubur-ubur terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Kedah mahu KKM menyediakan antibisa sengatan ubur-ubur di HSM Langkawi
  • Meskipun kes tidak kerap, Langkawi dengan pantai luas memerlukan penawar tersebut
  • Tidak ada penawar di HSM, akan bincang dengan KKM untuk memperolehinya
  • Langkawi dan Sabah sama-sama memiliki pantai, keselamatan pelancong dipandang serius
  • Perbincangan keselamatan pantai akan diadakan pada 24 November, menyusul kematian anak Rusia akibat sengatan ubur-ubur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!