Sorok dadah RM2.4 juta dalam bungkusan ikan bilis, udang kering

Taktik tiga lelaki warga Jepun menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta dengan menutup bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis dan udang kering dalam enam bagasi terbongkar.
Taktik tiga lelaki warga Jepun menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta dengan menutup bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis dan udang kering dalam enam bagasi terbongkar.
A
A
A

SEPANG - Taktik tiga lelaki warga Jepun menyeludup dadah jenis kokain bernilai RM2.4 juta dengan menutup bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis dan udang kering dalam enam bagasi terbongkar selepas mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, tiga lelaki itu tiba dari Bangkok, Thailand.

"Pegawai AKPS mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi.

"Semasa pemeriksaan fizikal ke atas salah satu daripada enam bagasi dan beberapa beg galas, pegawai menemukan bahan yang dipercayai dadah jenis kokain yang diselindungkan dengan menutupi bungkusan tersebut menggunakan ikan bilis serta udang kering dibungkus secara vakum bagi mengaburi pengesanan," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan keseluruhan bagasi turut mengesahkan bahawa kesemua enam bagasi tersebut mengandungi dadah kokain seberat 12 kilogram.

"Kesemua suspek telah ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kes telah diserahkan sepenuhnya kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut," ujarnya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga lelaki warga Jepun ditahan di KLIA kerana menyeludup dadah kokain bernilai RM2.4 juta
  • Dadah tersebut diseludupkan dalam enam bagasi dengan penutup ikan bilis dan udang kering
  • Kejadian ini berlaku selepas kedatangan mereka dari Bangkok, Thailand
  • Pegawai AKPS mengesan imej mencurigakan melalui mesin imbasan bagasi
  • Kes diserahkan kepada Bahagian Narkotik JKDM untuk siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!