Imbangi persepsi tuntutan 40 peratus Sabah, gimik PRN

Jika rundingan susulan berjalan lancar, keputusan tersebut mungkin menjadi titik tolak baharu hubungan Persekutuan–Sabah yang lebih matang dan berasaskan kepercayaan. Foto hiasan
Jika rundingan susulan berjalan lancar, keputusan tersebut mungkin menjadi titik tolak baharu hubungan Persekutuan–Sabah yang lebih matang dan berasaskan kepercayaan. Foto hiasan
A
A
A

KETEGASAN Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus hasil Sabah sekali lagi mengangkat isu hak negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ke tengah pentas nasional.

Namun di sebalik persepsi bahawa langkah itu bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menegaskan ia bukan langkah populis tetapi hasil proses panjang dan berstruktur.

Penjelasan Anwar mengenai keputusan berkenaan dibuat selepas 'berbelas kali mesyuarat' menunjukkan komitmen kerajaan untuk meneliti isu berkenaan secara menyeluruh dan secara spontan.

Malah pembabitan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengetuai Jawatankuasa MA63, menambah keyakinan ia merupakan keputusan kolektif, bukan bersifat unilateral.

Walau bagaimanapun, keputusan tidak merayu sepenuhnya tetapi hanya terhadap 'kecacatan alasan penghakiman' menimbulkan perdebatan baharu iaitu adakah kerajaan cuba mencari keseimbangan antara menghormati keputusan mahkamah dan mengekalkan integriti perundangan Persekutuan.

Langkah itu seakan menolak konfrontasi politik dengan Sabah sambil memastikan naratif perundangan kekal utuh.

Namun tidak dapat dinafikan, sewaktu Sabah sedang menghadapi PRN, sedikit sebanyak pasti mengundang tafsiran berbeza.

Bagi sesetengah pihak, ia dilihat sebagai langkah strategik untuk meredakan tekanan politik dan mengukuhkan sokongan di negeri berkenaan.

Tetapi bagi kerajaan, ia adalah langkah memperbetulkan sejarah perjanjian yang tertangguh hampir setengah abad.

Artikel Berkaitan:

Jika rundingan susulan berjalan lancar, keputusan tersebut mungkin menjadi titik tolak baharu hubungan Persekutuan–Sabah yang lebih matang dan berasaskan kepercayaan.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!