Bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan disyaki terima rasuah RM35,000

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2022. - Gambar kecil: Karunanithy
Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2022. - Gambar kecil: Karunanithy
A
A
A

GEORGE TOWN – Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM35,000 daripada seorang kontraktor.

Menurut sumber SPRM, wang tersebut dipercayai diterima sebagai balasan pemberian projek tender daripada jabatan tempat suspek bertugas ketika itu.

Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Jumaat ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 dan dipercayai menerima wang berkenaan melalui transaksi pemindahan ke akaun bank peribadi serta secara tunai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan suspek ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan SPRM Pulau Pinang kerana disyaki terima rasuah RM35,000
  • Rasuah tersebut dipercayai sebagai balasan pemberian projek tender
  • Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di SPRM
  • Suspek disyaki melakukan perbuatan rasuah pada tahun 2022 melalui transaksi ke akaun bank dan secara tunai
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, suspek ditahan 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!