SPRM tahan pesara tentera disyaki terima rasuah RM405,000 jual aset PVATM

Suspek akan dituduh pada Rabu depan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth.
Suspek akan dituduh pada Rabu depan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang pesara tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM405,000 daripada seorang pemilik syarikat.

Wang rasuah itu diterima sebagai balasan untuk menjual aset Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi pada Isnin ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar tahun 2015 di mana suspek ketika itu memegang jawatan Ketua Penerangan PVATM.

"Suspek disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM405,000 daripada penjualan aset PVATM iaitu lima unit pangsapuri yang terletak sekitar Pulau Pinang.

"Suspek juga dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya dan sebanyak 12 transaksi telah dikesan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dituduh pada Rabu depan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pesara tentera ditahan SPRM Pulau Pinang kerana disyaki menerima rasuah RM405,000
  • Rasuah diterima sebagai balasan menjual aset PVATM pada harga rendah dari pasaran
  • Suspek ditahan semasa memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang
  • Kejadian rasuah berlaku sekitar tahun 2015, suspek ketua penerangan PVATM
  • Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!