Indonesia mampu lunaskan hutang projek kereta api laju Whoosh - Prabowo

JAKARTA– Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang mengenai hutang projek Kereta Api Laju Jakarta–Bandung (Whoosh) bernilai AS$7.27 bilion (kira-kira RM31.3 bilion) kerana negara mempunyai kemampuan kewangan untuk menanggungnya.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau meninjau Stesen Manggarai dan merasmikan Stesen Tanah Abang Baharu di Jakarta pada Selasa.
“Saya sudah katakan bahawa Presiden Republik Indonesia mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Tidak perlu heboh, kita mampu, kita kuat, dan duitnya ada,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa semua bentuk pengangkutan awam di dunia tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan keuntungan, sebaliknya perlu dilihat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan terhadap rakyat.
“Di seluruh dunia, sistem pengangkutan awam disubsidi oleh kerajaan. Ini disebut Public Service Obligation (PSO). Ada cadangan agar tambang kereta api disubsidi hingga 60 peratus oleh kerajaan dan hanya 20 peratus dibayar oleh rakyat inilah bukti kehadiran negara,” katanya lagi.
Presiden itu turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mempolitikkan isu hutang atau projek kereta laju berkenaan.
“Saya sudah kaji projek ini, dan semuanya baik. Jangan jadikan ia isu politik,” katanya.
Ringkasan AI
- Prabowo menegaskan rakyat tidak perlu bimbang tentang hutang projek Kereta Api Laju Jakarta–Bandung bernilai AS$7.27 bilion
- Beliau berkata negara mempunyai kemampuan kewangan untuk menanggung hutang tersebut
- Pengangkutan awam perlu dilihat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan dan bukan semata-mata keuntungan
- Ada cadangan untuk subsidi tambang kereta api hingga 60 peratus oleh kerajaan
- Presiden mengingatkan pihak-pihak agar tidak mempolitikkan isu hutang atau projek kereta laju
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

